Bangun pagi/ subuh & mandi kalau nak rasa fresh. Lepas subuh, terus sarung kasut, jog la dalam 30 minit atau pun buat light exercise kat tempat lapang. Dalam rumah boleh, di luar pun boleh. Dapat hirup udara fresh.I paling rajin amalkan this activity masa kat hostel dulu kalau tak ada kelas awal pagi. Kalau ada, postpone ke hujung minggu.
Berpeluh waktu pagi best sebab seharian akan rasa lebih cergas dan metabolism pun naik. By the way sebenarnya post ni untuk I share empat sarapan yang paling berkhasiat dan sangat sangat mudah disediakan. Sarapan ni tak terlalu berat, cukup untuk mengenyangkan dan mampu menjanjikan flat tummy (asalkan jaga diet ok).
1. Smoothie buah-buahan
Tak perlu campur gula, kalau nak rasa manis gunakan natural sweetener- stevia ataupun madu. Boleh kurangkan kalori dari gula, cukuplah gula dalam buah-buahan.
Ini contoh buah-buahan yang kita boleh guna untuk hasilkan homemade smoothie yang sedap gila dan kita rasa nak makan/ minum hari-hari.
Strawberry- blueberry- kiwi- mango- watermelon- pineapple juice- raspberry- banana- orange juice- papaya- peach- apricot- avocado
Korang boleh gunakan satu jenis buah je, ataupun dua jenis, ataupun tiga jenis. Jangan banyak sangat, nanti tak sedap & pening pula.
Untuk tambah flavor lain pada smoothie, campurkan dengan susu/ yoghurt/ madu/ stevia/ lemon juice.
Blend je semua. Boleh terus minum atau sejukkan dalam peti ais! YUMMY!
Korang cipta lah resipi sendiri, letak nama macam MANGO MADNESS, WATERY WATERMELON, BERRY BERRIES, PEACHY PEACH, OMG ORANGE atau anything (I main teka je nama-nama tu semua)
Untuk jimatkan kos/masa I suggest buat je banyak terus and simpan dalam peti ais untuk stok seminggu. Bestnya!
2. Egg (bahasa melayunya telur ayam)
Sebab, telur ayam ada kandungan protein yang tinggi. Bagus untuk diet (selagi tidak digoreng dalam minyak yang banyak). So, sama ada rebus telur, atau buat scrambled egg dan makan dengan roti bakar, semua pun boleh!
Resipi FLUFFY SCRAMBLED EGG:
6 eggs- 25 g cold cubed butter- a clove of garlic- a cup of fresh milk
Masukkan telur dalam kuali panas- masukkan butter- kacau non stop & masukkan susu- make sure api kecil- masukkan garam, black pepper & serbuk lada- kacau jangan sampai terlebih masak.
Source: popsugar.com
3. Natural Yogurt
Tinggi kalsium & tak ada gula tambahan. Bagus untuk immune system. Boleh cari dekat supermarket. Natural yogurt rasanya agak masam berbanding yogurt yang dah ditambah gula & buah-buahan. So kita boleh tambah buah-buahan untuk dapatkan rasa sedap dan manis. (rujuk buah-buahan untuk buat smoothie) Contoh brand yang best untuk natural yogurt:
Simple macam ni pun refreshing dan mengenyangkan. Yang penting sihat!
4. Oatmeal
Mesti ramai merungut sebab tak suka oat, tapi oat mengurangkan kolestrol, rendah lemak & kurangkan risiko sakit jantung. Plus, memang sesuai untuk diet.
Boleh dimakan dengan susu, yogurt, campurkan dalam smoothie, madu, buah-buahan.
Tak susah sebenarnya nak sarapan atau hidangkan menu sihat. Semua menu kat atas tak ebih daripada 400kcal, selamat untuk simpan lagi 800 kcal masa lunch & dinner. Jangan skip sarapan okay? Good luck!