Pengambilan kalori berlebihan semasa musim perayaan adalah satu kebiasaan, dan membuatkan badan sangat terkejut dan mengalami peningkatan berat badan yang mendadak.
30 hari berpuasa dan merehatkan perut dari terisi dengan makanan yang tinggi lemak, karbohidrat berlebihan, kandungan gula yang tinggi sememangnya membuatkan badan akan menjadi lebih ringan dan cerdas. Namun, semuanya boleh musnah dengan hanya 1 Syawal! (Hahahaha ok tengah gelakkan diri sendiri)
Saya sendiri mengalami kenaikan berat badan mendadak bermula 1 Syawal.
Pola pemakanan yang berubah, kalori yang berlebihan, dan kurang aktiviti untuk membakar kalori menyebabkan berat badan 50kg kepada 55kg dalam masa hanya seminggu! (menangis)
Jadi mari kita bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk kembali ke berat badan asal.
1) Masalah perut kempis yang tiba-tiba menjadi buncit - Perut menjadi buncit kerana terlalu banyak makanan berlemak, masin, bergas dan kurang senaman. Punca paling utama ialah pengambilan air manis yang terlalu banyak. Slowly, tukarkan air manis kepada air putih dan pastikan and tidak minum kurang dari 2L sehari untuk proses perkumuhan yang lancar.
TIPS: Habiskan sebotol air mineral 1.5L sebelum 12 tengah hari, sebotol air mineral 1.5 liter sebelum 6 petang. (Kan best kalau ada toilet dalam kereta)
TIPS: Habiskan sebotol air mineral 1.5L sebelum 12 tengah hari, sebotol air mineral 1.5 liter sebelum 6 petang. (Kan best kalau ada toilet dalam kereta)
2) Ketagih pada makanan tinggi gula dan karbohidrat - Kebanyakan antara kita yang berdiet semasa bulan puasa akan seeloknya cuba mengelakkan kuih raya, nasi dagang, lemang, ketupat dan minuman manis (which is amat merugikan kerana itulah nikmat sebenar raya). Namun selalunya, 'merasa sedikit' akan menyebabkan badan crave for more dan akhirnya jadi sepinggan dan jadi ketagih dan makan dalam kuantiti di luar kawalan. Teorinya? Badan yang tidak mendapat karbohidrat yang cukup akan set 'i need more carbs' and bila dah dapat sikit, badan akan minta lebih banyak.
Untuk kembali ke pola pemakanan yang betul, jangan terus cut calorie intake sebab pengambilan kalori yang sedikit secara mendadak akan membuatkan badan terkejut, dan juga menyebabkan metabolisme badan menurun. The best way is, kurangkan portion dalam setiap meal. Kurangkan minyak, kuah dan makanan berlemak. Teruskan dalam masa seminggu dua, lepas tu dah boleh cut apa yang tak diperlukan oleh badan.
TIPS: Minum segelas air masak 5-10 minit sebelum makan & kunyah makanan perlahan-lahan sebelum telan.
3) Badan menjadi lesu dan malas - Ini normal bila badan consume terlalu banyak kalori. Badan menggunakan banyak tenaga untuk menghadam dan menyebabkan kita jadi mengantuk dan malas. Bagi mereka yang beragama Islam, disunatkan untuk berhenti makan sebelum kenyang supaya tak berat untuk buat ibadah. Secara saintifiknya badan mengambil masa sebelum otak mengisyaratkan bahawa kita sebenarnya dah kenyang. So, better makan slowly supaya tak terlebih makan. Untuk hilangkan rasa lesu ni, cuba buat pergerakan yang mudah dan kerap, contohnya berjalan-jalan (berlari adalah lebih bagus untuk bakar kalori dengan lebih banyak)
TIPS: Student boleh berjalan kaki ke kelas, bagi yang bekerja boleh park jauh sedikit dari office. Anda boleh pilih tangga berbanding lif.
Ini ialah antara tips yang boleh dicuba ke arah hidup yang lebih aktif dan sihat. Saya sendiri dalam usaha untuk menurunkan berat badan untuk mendapatkan berat badan ideal supaya lebih berkeyakinan untuk menjadi seorang Atheerah!
All the best to us!
Will update soon- tips bagaimanana saya menurunkan 70 kg kepada 48 kg dalam masa 2-3 bulan (kalau ada permintaan). Selamat hari raya, maaf zahir dan batin! (Kalau nak jemput ke open house bagitau la)
Will update soon- tips bagaimanana saya menurunkan 70 kg kepada 48 kg dalam masa 2-3 bulan (kalau ada permintaan). Selamat hari raya, maaf zahir dan batin! (Kalau nak jemput ke open house bagitau la)