Hai! Dah jam 11.22 p.m. since post ni start ditulis. Ada yang dah nak tidur? Tyra sekarang bersebelahkan adik yang tengah siapkan homework sambil tengok MOTIF VIRAL dekat ASTRO RIA. Teringat pulak kes member viral sampai masuk TV. Hahahhaa. Cerita Caliph Busker dan pengalaman mereka berpuasa. Pengalaman berpuasa korang macam mana? Tyra setakat ni biasa, tak ada apa yang menarik. Dapat undangan berbuka banyak pun tak dapat pergi banyak, balik berbuka dengan emak, teman mak dan adik sebab mak pun tak sihat mana. Tadi, otw balik rumah emak text Tyra minta maaf sebab kambing bakar yang dia buat terlebih masak sikit. (Alahai emak, along bukan kisah pun asalkan emak ada makan sekali :')
Okay kambing bakar ni sedap sebenarnya kalau makan sekali sekala lengkap dengan condiments yang sesuai, tak semestinya kena pergi kedai, kalau masak sendiri pun boleh tau! Memandangkan harini berbuka dengan kambing bakar, mestilah kena share! Walaupun simple je tapi sedap!
Harini kambing bakar aku simple gila (padahal kambing bakar mak buat, aku buat mashed potato dengan mushroom soup). Tak sempat buat beria, berbuka puasa 7.24 p.m, 7.15 baru sampai rumah. Okay dah stop membebel jom start!
Ni resipi sendiri tau. Follow lah #ResipiTyra #TyraBecomesAChef #TyraInKitchen hahha!
Untuk kambing bakar:
- Yang paling penting mestilah kena ada kambing. Tyra dengan emak beli yang dah siap sliced je dekat Tesco, mudah!
- BBQ sos.
- Madu.
- Garlic (cincang atau blender yang penting bukan seketul seketul)
Sediakan kambing bakar:
- Campurkan sos BBQ, 3 sudu madu dan blended garlic, lepastu perap dengan kambing. (Selalu perap seharian sebab nak bagi rasa masuk)
- Tyra tambah madu sebab nak pagi pedas manis, garlic untuk kasi rasa tajam. Garlic tak pelu banyak sangat ok?
Tyra guna pemanggang mak. So tak tau kalau guna oven berapa lama dan paras suhu yang sesuai.......
Bahan-bahan untuk mashed potato dan kuah:
- Ubi kentang (4 atau 5 biji)
- 3 sudu butter
- Setengah cawan tepung jagung (dibancuh dengan secawan air)
- Seketul kiub ayam ataupun air rebusan ayam
Cara penyediaan:
- Kupas kulit kentang. Rebus kentang sampai empuk. Nak tahu empuk ke tidak, try cucuk garfu kat bahagian tengah kentang, kalau lembut je, dah boleh dah tu keluarkan. Kalau korang nak mudah, potong kentang siap siap supaya lebih cepat empuk dan mudah nak kisar/ lenyekkan. Terpulang nak guna kaedah apa. Kalau kisar, masukkan sikit air rebusan semasa mengisar supaya lebih mudah nak hancur dan perasakan dengan garam sedikit.
- Panaskan kuali dan cairkan butter, masukkan bancuhan tepung jagung, lepastu kacau. Rasa-rasa dah perang, masukkan air rebusan ayam ataupun kiub ayam.
- Kacau sampai mendidih, dah siap!
Oh, ada tambahan!
Bagi yang minat sayur, celurkan brokoli dan carrot sebagai pelengkap hidangan anda. (Boleh juga grill atau goreng tanpa minyak, perasakan dengan sedikit garam). This way better daripada buat coleslaw sebab tak perlu guna mayones. Jimat sikit saturated fat.
Aduh, laparnya!
Kalau tambah sayur jadi macam ni, hahhaha!
Okay so Tyra dah share simple punya cara nak memasak, Tyra pun tak selalu masak (awak bakal suami kalau awak baca ni terima lah kekurangan saya, saya pandai masak dan sedap cuma jarang masak sebab busy sikit je k) tapi boleh cuba okay! Good luck. Hehhhe. See you later. Ada cerita best kat DIVA Channel ni! :*
Sincerely, Tyra